BERSAMAMU – TX 20 OKTOBER 2019 (KISAH 35)

Noor Hafizah 28 tahun terpaksa menampung keluarga setelah suami menghidapi penyakit sejak tahun lepas. C. Mohd Radzi 40 tahun, dahulunya seorang buruh ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM1500, namun sejak menghidapi penyakit ekzema kronik Mei 2018, dia tidak dapat bekerja dan hanya berehat di rumah. Mohd Radzi juga dahulunya merupakan seorang pesakit kanser prostat namun telah pulih sepenuhnya sejak melakukan pembedahan pada 2007.

Hafizah dan Radzi mempunyai 4 cahayamata. Anak sulong bersekolah di SK Jengka 5 dalam darjah 3 dan anak keduanya, 6 tahun di pra di sekolah yang sama. Anak ketiga mereka, Muhammad Fadhlur Hakim 5 tahun, menghidap ‘mild autism’ dan masih bertemu pakar untuk rawatan. Hakim juga merupakan penghidap asma kronik.

Demi menampung keluarga memandangkan suami tidak lagi mampu bekerja, Hafizah mengambil upah membuat kuih, membuat sambal hitam dan berniaga pakaian secara online. Pendapatan bulanan yang diperolehi Hafizah antara RM300 hingga RM500 sebulan. Radzi juga masih mendapatkan rawatan di hospital pakar kulit.

Keluarga kini tinggal di bangsal kolam arwah bapa Radzi yang telah diubahsuai kepada rumah yang terletak di atas tanah rizab Felda sejak 2013. Mereka juga terpaksa menumpang sumber elektrik dan air daripada rumah jiran. Rumah mereka juga semakin  uzur dan rosak ekoran limpahan dari kolam ikan setiap kali banjir dan perlu dibaiki. Keluarga ini tidak mendapat bantuan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (Zakat) dan JKM.

NAMA : NOOR HAFIZAH MOHD SHUKRI 

ALAMAT : NO 242 B RUMAH KOLAM IKAN FELDA KEKWA JENGKA 5 26500 MARAN, PAHANG

NO TEL : 013-673 8908

Search