BERSAMAMU – TX 17 NOVEMBER 2019 (KISAH 39)

Jano Jalil,59 tahun merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa menampung keluarga setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2008 akibat barah usus. Dia kini tinggal bersama 2 orang anak lelakinya. 

Anak sulungnya, Zainudin Alias, 31 tahun merupakan oku fizikal sejak lahir. Dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Namun pada Januari lalu, sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, dia telah terlibat dalam kemalangan sehingga kepalanya terpaksa dibedah dan mengakibatkannya lumpuh sebelah badan. Dia tidak mendapat sebarang pampasan daripada majikan dan SOCSO akibat kemalangan tersebut. Zainudin tidak lagi mampu bekerja dan kini hanya membantu ibunya. Zainudin menerima bantuan OKU daripada JKM sebanyak RM250. Anak kedua, Mohd Isa Alias, 27 tahun bekerja secara kontrak dan kini menjadi buruh membuat pagar.

Jano membuka warung minum di rumahnya dengan purata pendapatan RM5 sehari dan pernah mendapat RM1 dalam satu hari. Dia mengharapkan pencen arwah suami sebanyak RM1000 untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Keluarga Jano kini tinggal di rumah PPRT di tanah keluarganya sejak 2008.

Search