BERSAMAMU – TX 15 MAC 2020 (KISAH 11)

Nurazawaatikah, 30 tahun, merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang cahaya mata berumur antara 12 – 4 tahun. Namun, 2 daripada anaknya mempunyai masalah kelainan upaya. Muhammad Deniel Ikram, 12 tahun mempunyai masalah pembelajaran manakala Nurul Dania Hafikah mempunyai masalah Dyscalculia.Selain menguruskan anak-anak,  Azwa perlu menjaga ibunya yang mempunyai masalah buah pinggang dan darah tinggi.Rumah yang dihuni kini memerlukan sewa sebanyak rm450 sebulan. Adakalanya Azwa terpaksa menangguh dahulu bayaran sewa kerana tidak mampu untuk membayarnya.

Azwa baru sahaja memulakan pekerjaan sebagai krew restoran di Mcdonald Plaza Idaman batu 6. Beliau tetap ingin bekerja kerana perlu membesarkan anak-anaknya yang masih bersekolah. Dia tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anaknya ke sekolah dan hanya mengharapkan bantuan ayahnya, Rosmadi Muhammad yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa.

Keluarga ini menerima bantuan zakat sebanyak RM400 sebulan namun ianya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rumah.

NAMA: Nurazwaatikah binti Rosmadi

ALAMAT: Lot 177-A-3, Jln Gombak Batu 11, 53100 Kuala Lumpur.

NO TEL: 014-966 2015

 

Search