BERSAMAMU – TX 13 JANUARI 2019 (KISAH 2)

KELUARGA MOHD FADLI ISMAIL – TANJUNG AGAS, JOHOR

Mohd Fadli Ismail seorang pesakit kanser usus tahap 2. Dia tidak pergi mendapatkan rawatan di hospital kerana takut ditahan di hospital kerana perlu mencari rezeki untuk keluarga. Fadli kini mencari barang-barang lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan.

Isterinya Siti Ruzaipah Poniran baru sahaja diberhentikan kerja akibat selalu mengambil cuti kerana masalah kesihatan dan hanya di beri pampasan yang kecil walaupun telah bekerja di kilang terbabit lebih daripada 15 tahun. Ruzaipah mengalami penyakit asthma yang kronik kini menjual nasi lemak secara kecil-kecilan. Pendapatan sebulan keluarga ini tidak sampai RM600.

Pasangan ini mempunyai 3 orang cahayamata berusia 12, 10 dan 7 tahun. Mereka bimbang anak-anak tidak dapat ke sekolah tahun hadapan kerana tidak mampu menyediakan yuran sekolah. Fadli menginginkan sebuah bot sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

Alamat : No 72 Jalan Garuda 3, Taman Garuda, Tanjung Agas, 84000 Ledang Johor

No telefon : 010-7074556

MOHD FADLI ISMAIL
NO AKAUN BSN: 0400441000105485

 

Search