BERSAMAMU – TX 1 DISEMBER 2019 (KISAH 41)

Kamarudin Mat Saman 57 tahun, mempunyai seorang isteri Zana binti Mohamed Ismail 49 tahun yang menghidap penyakit kurang siuman. Selain itu, Kamarudin juga mempunyai seorang anak berumur 12 tahun yang tidak bersekolah sejak darjah 2. Kamarudin juga mempunyai 2 orang anak lelaki yang berumur 25 dan 23 tahun. Namun kerana faktor peluang pekerjaan yang terhad di kawasan tersebut mereka hanya mampu mengambil upah kerja-kerja kampung seperti membaja dan sebagainya. Mereka juga mengumpul barangan terbuang untuk dijual di timbang kati jika tiada upah kerja-kerja kampung yang diberikan kepada mereka. Disamping itu, mereka juga telah terputus bekalan air bersih sejak 2 tahun lalu kerana tidak mampu untuk membayar bil air. Keluarga ini juga tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

 

NAMA : KAMARUDIN BIN MAT SAMAN

ALAMAT : BATU 43 ½ KAMPUNG BAKAR BATA 32400 AYER TAWAR PERAK.

NO TEL : 010-2089728

Search