BERSAMAMU – TX 1 MAC 2020 (KISAH 9)

Mohd Rosdi, 39 tahun merupakan seorang bapa tunggal yang bekerja sebagai penoreh getah. Mempunyai 4 orang anak lelaki berumur antara 12 hingga 2 tahun. Rosdi telah bercerai dengan isteri pada tahun 2017. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Rosdi. Keluarga ini diuji, dengan anak bongsu, Muhammad Amsyal, 2 tahun yang mempunyai masalah paru-paru kronik. Pada tahun 2019, Amsyal ditahan di wad selama 45 hari di hospital Sultanah Bahiyah. Amsyal juga permah dimasukkan ke ICU sebanyak 5 kali, kerana keadaan paru-paru yang begitu lemah. Setiap bulan, Amsyal perlu ke hospital untuk rawatan susulan. Pergerakannya perlu di perhatikan bagi mengelakkannya merasa letih dan sukar bernafas. Dahulunya, Rosdi merupakan seorang pemandu van kilang, namun setelah anak bongsunya ditimpa sakit dan kerap berulang ke hospital, Rosdi terpaksa berhenti untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada Amsyal. 

Rosdi mendapat bantuan zakat sebanyak RM 400, dan upah menoreh sebanyak rm100 seminggu mengikut keadaan cuaca.Namun ianya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga ditambah lagi kos perjalanan untuk rawatan Amsyal yang adakalanya di Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Pulau Pinang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi.

NAMA: Mohd Rosdi Bin Does

ALAMAT: Kampung Seri Ketengga,Mukim Siong, 09100 Baling,Kedah

NO TEL: 011-2524 9228

 

Search