BERSAMAMU TX 10 JANUARI 2021 (KISAH 2)

Rudaini Jamaluddin, bapa kepada 2 orang cahaya mata berumur 9 dan 7 tahun. Rudaini merupakan seorang OKU pada kaki dan percakapan akibat demam panas semasa beliau masih kecil. Dia bekerja kampung dengan mengambil upah menoreh getah . Dia turut mengusahakan secara kecil-kecilan pokok cili yang baru ditanam. Dia hanya mempunyai sebuah motor sahaja untuk bergerak. Rumah yang didiami bantuan daripada kerajaan dibuat di atas tanah milik arwah ayah Rubiah.

Isteri, Rubiah Ahmad, bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah restoran dengan anggaran gaji sebanyak rm 600 sebulan. Dia mula bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang. Adakalanya, dia membawa anaknya ke tempat kerja jika suami perlu pergi menoreh. Keluarga ini mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM 450 sebulan.

 

Nama: Rubiah binti Ahmad

No. Akaun BSN:05300-41-00007555-4

Search