BERSAMAMU – TX 10 NOVEMBER 2019 (KISAH 38)

Mengisahkan mengenai Julaiza Ramli, berusia 42 tahun, telah hilang daya penglihatan sejak tahun 2006 akibat glaukoma. Dia mengalami penyakit itu pada 2004. Julaiza, mempunyai 10 orang anak, berusia lingkungan 25 tahun hingga 1 tahun 8 bulan. Akibat daripada kemiskinan, 3 daripada anaknya diserahkan kepada orang lain sejak kecil. 2 daripada 7 orang anak yang ada bersamanya, berusia 14 dan 16 tahun, juga kini tinggal bersama datuk atau bapa tiri Julaiza. Mereka dibesarkan oleh datuk sejak usia setahun. Anak Julaiza berusia 16 tahun ini, sudah diberhentikan sekolah sejak dua bulan lalu kerana kerap tidak ke sekolah kerana tiada wang saku. Kini hanya 2 orang anaknya yang masih bersekolah. Suami, Che Ku Ahmad Nazrimi, 44 tahun, kini berada di penjara Marang melalui hukuman 3 tahun penjara kerana penagihan dadah. Julaiza, ibu OKU kini menumpang teduh di rumah usang ibu mertuanya berusia 73 tahun, juga mengalami penyakit kronik seperti jantung, diabetes, darah tinggi, gout dan buah pinggang. Hanya anak kedua, Che Ku Ahmad Amirul, 23 tahun, yang bekerja menampung kos kehidupan keluarga dengan menangkap ketam di paya bakau.  Hasil ketam akan dijual di restoran makanan laut di sekitar Kuala Kemaman dan Bandar Chukai, Kemaman.

 

Nama : Julaiza Binti Ramli

No telefon: 0 17-957 6417 (Amirul, anak Julaiza)

Alamat : No 2226-1, Kampung Kubor Tok Panjang, Mukim Kuala Kemaman

Search