BERSAMAMU – TX 11 OKTOBER 2020 (KISAH 30)

Rohani Ghani, ibu tunggal berusia 44 tahun ini mempunyai penyakit sistem penghadaman. Kerongkongnya tidak boleh memproses makanan dan akan memberi kesakitan kepada dirinya. Rohani hanya mengambil upah sebagai pembantu kedai dengan pendapatan sebanyak RM20 sehari. Setiap hari dia hanya berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 2 km kerana tiada kenderaan.

Sakit yang dihadapinya adakalanya memberi kesan kepada dirinya. Dia tidak lagi boleh makan dan hanya bergantung kepada minuman susu khas untuk memberi tenaga. Berat badannya semakin menurun kerana tidak boleh makan sebarang makanan.

Dikurniakan 5 orang anak berusia 19-11 tahun. Anak keduanya bakal menyambung pelajaran ke UiTM Jengka dan ini merunsingkannya kerana ingin menampung perbelanjaan yuran universiti. Rohani tinggal bersama 5 lagi adiknya dan salah seorang daripada mereka mempunyai sakit buah pinggang kronik tahap 4.

 
Rohani Binti A Ghani

Akaun BSN: 11300-29-00010994-0

Search