BERSAMAMU – TX 12 JANUARI 2020 (KISAH 2)

PUTERI BALQIS

Puteri Balqis, kini berusia 12 tahun. Diusia 3 tahun bakat lakonannya menjadi perhatian. Bermula sebagai pelakon tambahan, lakonan pertamanya menghiasi slot drama di TV3. 8 tahun bertapak dalam industri seni, tahun lalu 2018, Balqis menghidapi penyakit misteri yang pada mulanya dikatakan kanser. Pelbagai usaha dilakukan, 4 buah hospital dirujuk, hasil ujian darah Balqis menunjukkan negatif kanser. Namun sehingga kini Balqis mengalami muntah darah selain mempunyai asma kronik. Kehidupannya sentiasa memerlukan inhaler kerana kerap mengalami sesak nafas.

Balqis kini hidup berdua bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz, 36 tahun, juga ibu tunggal. Mereka kini menyewa di sebuah flat di Setia Alam, Shah Alam, dengan bayaran RM 500 sebulan. Setiap hari mereka berdua perlu  menaiki pengangkutan awam ke Kuala Lumpur dan berjalan kaki di sekitar ibu kota menjual buku yang ditulis sendiri oleh Balqis. Kehidupan mereka bergantung dengan hasil jualan buku pada hari berniaga. Pernah juga mereka terkandas di Kuala Lumpur kerana tiada hasil jualan dan terpaksa meminta bantuan polis menghantar mereka pulang ke rumah. Pernah juga terputus kewangan dan beberapa hari terputus bekalan makanan. Kerap juga berhutang membeli barangan dapur di kedai –kedai runcit di bawah rumah mereka. 

Balqis tidak lagi berlakon kerana ingin pulih terlebih dahulu. Sudah 5 bulan, Balqis tidak dapat meneruskan pembelajaran yang mana sebelum ini ada guru yang datang ke rumah untuk mengajar, home school. Kini Balqis hanya belajar sendiri di rumah dan banyak menghabiskan waktu menghasilkan karya penulisannya untuk dijual.  

Norashikin, tidak pernah memohon mana-mana bantuan. Pernah sekali mendapat bantuan kewangan RM1000 daripada Seniman.  Kepayahan hidup Balqis dan ibunya, tidak diketahui ramai. Norashikin dilahirkan dalam keluarga yang berpecah belah. Walaupun mempunyai 5 beradik, dan merupakan anak bongsu, Shikin tidak pernah berhubung bersama mereka.

 

Nama : Norashikin Binti Mohamad Aziz (ibu )

Anak : Puteri Balqis Binti Azizi

No Tel: 011-3937 9871

Alamat : 2-5-6, Jalan Setia Murni U13/50, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

 

Search