BERSAMAMU – TX 13 SEPTEMBER 2020 (KISAH 26)

Amzah Abdullah menderita sakit tulang belakang sejak tahun 2007 akibat kemalangan motor. Pada tahun 2014, dia telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Seri Manjung. Sehingga kini dia tidak boleh melakukan sebarang kerja berat dan juga masih memerlukan rawatan susulan. Sebelum ini Amzah bekerja sebagai penyelia di bawah Majlis Daerah terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Isterinya, Rozita Nyan, 45 tahun, juga mengalami sakit darah tinggi, kencing manis dan pernah beberapa kali diserang strok. Pasangan ini memiliki 6 orang anak yang berusia 20 hingga 6 tahun, dan dua daripada mereka merupakan OKU pembelajaran. Keluarga Amzah mendapat bantuan Baitulmal RM350 sebulan dan 2 anak mereka OKU juga mendapat bantuan JKM.

Amzah Bin Abdullah

Akaun BSN : 0880041000112534

Search