BERSAMAMU – TX 14 JUN 2020 (KISAH 13)

Zurani Ramlan dan Norazila Abas pasangan suami isteri yang tinggal di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Pasangan ini mempunyai 5 cahayamata berusia 16, 15, 13, 10 dan 6 tahun. 

Norazila mempunyai penyakit Bipolar Disorder yang mempunyai masalah tekanan perasaan sejak kecil lagi. Sekiranya penyakitnya itu datang, Norazila akan lari dari rumah dan tidak pulang berhari-hari. Anak ke duanya tidak dapat bersekolah kerana perlu menjaga ibunya. Dan seringkali mengikut ibunya apabila Norazila keluar dari rumah.

Akibat masalah kesihatan isterinya, Zurani tidak dapat keluar bekerja tetap. Kini Zurani membuat peniagaan menjual kuih muih secara kecil-kecilan di rumah. Selepas kuih muihnya siap, anak-anak akan menjual kuih terbabit di 2 kawasan iaitu di Sri Gombak dan Melawati. 

Anak-anak terbabit akan di hantar untuk berniaga bermula jam 3 petang hingga ke 11 malam atau sehingga kuih muih terbabit habis. Anak pertama pasangan ini yang berusia 16 tahun juga tidak bersekolah kerana membantu keluarga.

Mereka memerlukan bantuan kewangan untuk membeli peralatan membuat kuih akok untuk di jual di bulan Ramadhan nanti.

NAMA : ZURANI BIN RAMLAN & NORAZILA BINTI ABAS 

ALAMAT: D-11-11 PPR BATU MUDA, BATU 5 OFF JALAN IPOH, 52100 KUALA LUMPUR

NO TEL: 011-61209949

 

Search