BERSAMAMU TX 14 MAC 2021 (KISAH 8)

Keluarga 1

Norziana Binti Md Saa’id @ Md Said, 31 tahun anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik bertanggungjawab menjaga ibu bapa yang mengalami sakit strok sejak beberapa tahun yang lalu.  Bekas pekerja kilang ini tidak lagi bekerja berkorban untuk menjaga syurganya.  Bapanya Md Saa’id @ Md Said, 70 tahun, terlantar sakit sejak 2009 manakala ibunya Ramlah Binti Hamid, 65 tahun, disahkan strok pada 2012.

Keluarga ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bantuan ibu & bapa) berjumlah RM600 dan zakat berjumlah RM500 sebulan.  Itulah perbelanjaan untuk membayar sewa rumah dan peralatan dapur.  Norziana juga menjual pokok-pokok bunga untuk menambah perbelanjaan keluarga. Bantuan yang diperlukan: kos rawatan, katil dan kerusi roda

Nama: Norziana Binti Md Saa’id @ Md Said

No.Akaun Maybank: 158127312107

 

Keluarga 2

Norliza Binti Nan, 64 tahun, seorang ibu tunggal yang menetap di Padang Jawa, Selangor bersama anak sulungnya.  Ibu tua ini tidak lagi mampu bergerak setelah kedua-dua kakinya dipotong sejak 4 tahun lalu akibat kencing manis.  Selain itu, wanita ini juga mengalami masalah penglihatan.  Manakala, anaknya terpaksa berhenti kerja kerana mahu menjaga Norliza yang semakin uzur.

Dahulu anaknya Mohd Tajul Abdullah, 42 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika arwah ayahnya masih ada.  Anak sulungnya juga mengalami masalah kesihatan mengalami seperti darah tinggi dan obesiti. Pendapatan Norliza sering kali tidak mencukupi apatah lagi apabila terpaksa menanggung dua cucu berusia 13 tahun dan 12 tahun selepas penceraian anak bongsunya.  Ibu kepada cucu-cucunya ini mencari rezeki di Johor.

Dia kini hanya bergantung harap dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Pusat Zakat sebanyak RM500 sebulan. Sumbangan daripada Pusat Zakat hanya untuk membayar bulanan sewa rumah. Lebih menyedihkan rumah mereka sering ditimpa banjir apabila hujan lebat.

Bantuan diperlukan : kaki palsu, kerusi roda dan tilam

 

Nama : Norliza Binti Nan

No. Akaun BSN: 10108-4100003489-2

Search