BERSAMAMU – TX 16 FEBRUARI 2020 (KISAH 7)

Othman Mamat, berusia 30 tahun, telah berkahwin dengan Nazirah Zakaria, 23 tahun, pada 2014. Mereka mempunyai tiga orang anak, 7 tahun, 6 tahun dan seorang bayi berusia sebulan. Othman, bapa yang mengalami kecacatan fizikal pada kedua belah kakinya sejak lahir. Sejak berumahtangga dengan Nazirah, mereka menetap di rumah ibu Nazirah di Kampung Sungai Hala, Machang. Ibu Nazirah, berusia 44 tahun, mempunyai penyakit diabetes, darah tinggi dan kadang kala mengalami hilang ingatan.  Keadaan itu menyebabkan ibu Nazirah tidak lagi bekerja dan menjadi tanggungan Othman. Ibunya juga sudah terhenti menerima rawatan dan ubat-ubatan. Hanya bergantung kepada panadol. 

Rumah yang mereka duduki kini sangat kecil, satu bilik kecil, tidak sempurna, dapurnya tidak berpintu dan hanya ditutupi dengan sehelai kain. Begitu juga dengan tandas mereka yang berada di luar rumah dan ditutupi dengan kain.

Kecacatan pada kaki Othman menyebabkan dia sukar untuk berjalan dengan baik dan seimbang.  Dia perlu berpaut pada sesuatu untuk memastikan dia dapat berdiri dengan baik. Sejak 2 tahun lalu, dia mula berasa sakit di bahagian pinggangnya. Kesemua mereka tidak pernah lagi melalui pemeriksaan kesihatan kerana faktor kewangan.

Walaupun OKU, Othman seorang yang rajin berusaha mencari apa sahaja pekerjaan untuk menanggung keluarganya. Pernah mencari kerja yang lebih baik, tapi kebanyakkan majikan tidak mahu menerimanya disebabkan keadaan fizikal. Kini dia mengambil upah mengopek kelapa untuk dibuat santan. Upahnya RM10 untuk 50 biji kelapa setiap hari. Sejak seminggu lalu, dia tekad belajar menjahit songkok daripada ibu saudaranya. Dan kini , Othman tekun mengambil upah menjahit  (jahit pakai tangan ) 20 songkok dalam masa sehari dengan upah 20 sen bagi sebuah songkok.

Othman mendapat bantuan OKU daripada JKM, bagi RM400 sebulan. Sebelum ini Othman menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki basikal, tapi dua minggu lalu, basikalnya patah. Kini dia terpaksa menghantar anak berjalan kaki 6km dari rumah.  Jika bernasib baik, dia meminta bantuan daripada adik iparnya untuk menghantar menaiki motosikal. Bantuan yang diperlukan – bantuan kewangan untuk persekolahan anak-anak, rumah yang lebih selesa, motosikal, perubatan.

NAZIRAH BINTI ZAKARIA (ISTERI)

TEL : 016-9810445 (NAZIRAH)  / 014-2063098 (OTHMAN MAMAT)

ALAMAT : NO.459, KG SUNGAI HALA, MACHANG KELANTAN

 

Search