BERSAMAMU – TX 16 OGOS 2020 (KISAH 22)

Rabeah Habsah, ibu tinggal yang terpaksa membesarkan 4 orang anaknya yang kesemua masih bersekolah. Rabeah, berusia 33 tahun. Suaminya kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menjadi orang tengah yang membawa kemasukan pendatang tanpa izin. Sejak itu, hidup mereka sangat menderita. Rabeah pernah bekerja namun penyakit asma kronik yang dihidapinya membataskan pergerakannya. Rabeah memerlukan wang RM100 seminggu untuk membeli ubat asmanya. Lantaran itu, anak-anak yang memikul tanggungjawab bekerja di kedai runcit untuk dapatkan upah bagi membantu ibunya.

Rabeah melakukan kerja sambilan seperti menjadi penghantar tempahan jeruk dan kuih bahulu hasil perniagaan kawan-kawannya dengan upah sekitar RM2 bagi satu bungkusan. Di hujung minggu juga Rabeah kuatkan diri untuk bekerja di warung sebagai pembantu restoran. Dia perlu mencari wang lebih apatah lagi setiap bulan dia memerlukan RM300 untuk kos ubat-ubatan asmanya. Keluarga ini mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka keseluruhan jumlah RM850. Rumah yang diduduki kini disewa dengan harga RM300 sebulan namun keadaannya sangat usang dan tidak selamat diduduki.

Rabeah Habsah Bte Mohamad Noh

Akaun BANK SIMPANAN NASIONAL : 10133-29-000040908

 

Search