BERSAMAMU TX 17 JANUARI 2021 (KISAH 3)

Mohd Azrul Bin Johari, 33 tahun, hidup bersama isterinya Masitah Aminah Bashah Adam, 27 tahun, dan 4 orang anak iaitu Muhammad Shahrul Nizam, 8 tahun, Marsya Mahfuzah, Marsya Maisarah, 5 tahun dan Mysha Mikayla 3 bulan.  Isterinya adalah suri rumah sepenuh masa dan 3 orang anaknya masih bersekolah di SK Chuah Negeri Sembilan. Azrul pernah mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan patah kaki dan hentakan di kepala. Kadang-kala, Azrul mengalami masalah lupa seketika selepas kecederaan yang dialami di kepalanya tidak lama dulu.

Azrul dan keluarga kini menetap di tanah rizab tepi laut Kuala Lukut, Negeri Sembilan.  Pada bulan lepas, rumahnya pernah runtuh ketika hujan lebat.  Azrul bekerja sebagai seorang nelayan dengan cara menumpang nelayan lain kerana enjin bot kepunyaannya rosak. Pendapatan Azrul tidak menentu bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan juga ketam.  Azrul juga turut menjual umpan pun-pun kepada pemancing yang hadir.

Keluarga ini menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Kanak-Kanak) berjumlah RM300 sebulan  dan Baitulmal sejumlah RM250 sebulan beserta kotak barang dapur bernilai RM50.  

Bantuan diperlukan : rumah, enjin bot yang baharu & jaring ikan

 

Nama: Mohd Azrul bin Johari

No. Akaun BSN: 10144-2900014178-4

Search