BERSAMAMU – TX 19 JANUARI 2020 (KISAH 3)

 

Kehidupan Baizura, 37 tahun dan suami Zakaria Emas 53 tahun yang sememangnya sukar diuji apabila salah seorang dari anak kembarnya, Muhammad Zaim Zakaria berumur 5 tahun menghidapi masalah buah pinggang atau Nephrotic syndrome sejak berumur 3 tahun.  Walaupun anak lelakinya ini kelihatan seperti kanak-kanak normal, Zura tetap perlu berulang alik ke Hospital Klang setiap bulan. Penyakit ini menyebabkan protein tidak dapat keluar dari dalam badan sehingga mengakibatkan badan Zaim bengkak dan sembab. Kembarnya Nurzuliyana pula sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur.

Tunggakan bayaran bil hospital yang telah mencecah hampir RM400 membuatkan Zura susah hati. Rawatan bagi penyakit buah pinggang anaknya ini turut memerlukan belanja lebih kurang RM600 bagi kos ulang alik, bayaran wad dan pemeriksaan urin. 

Pendapatan keluarga Zura hanya bergantung kepada penjualan apam balik bagi menampung 7 orang anaknya yang berumur 19, 17, 12, 11, 6 tahun (kembar) dan bayi berusia 4 bulan. Dalam sebulan Zura dan suami hanya mampu memperoleh RM 1000. Keluarga ini turut mendapat bantuan dari pihak Zakat di bawah golongan asnaf sebanyak RM 300 sebulan bagi membantu Zaim dan juga bantuan membayar sewa rumah RM 200.

NAMA : SITI NORBAIZURA AHMAD 

ALAMAT : NO 8, LOT 3098, PARIT 2 BARAT, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR

NO TEL : 018-3737260

 

Search