BERSAMAMU – TX 19 JULAI 2020 (KISAH 18)

Mohamad Haris Iqram Ab Rahim, 12 tahun. Menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 4. Setiap hari dia perlu cuci darah sebanyak 4 kali. Haris perlu penjagaan khusus, kerana dia amat sensitif dengan faktor sekeliling.

Hazaifah Yusof,49 tahun,  mempunyai 11 orang cahaya mata berusia 31 hingga 10 tahun. Dua daripada anaknya meninggal dunia akibat sakit buah pinggang. Dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Haris. Sebelum ini dia bekerja sebagai tukang cuci namun terpaksa berhenti kerja kerana memberi tumpuan kepada anaknya,Haris. Adakalanya dia berkhidmat sebagai anggota rela dengan kadar upah RM 100 sehari untuk menampung perbelanjaan rumah.

Suami Hazaifah, Ab Rahim bin Shaari, 60 tahun, sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas. Namun setelah disahkan menghadapi penyakit jantung, beliau terpaksa berhenti kerja. Disebabkan beliau tidak lagi boleh bekerja berat,  dia mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan Rm 70 seminggu.

NAMA : Hazaifah Binti Yusuff 

ALAMAT: Kampung Dosong Batu 30, Machang Kelantan 

NO TEL: 019 2823962 

 

Search