BERSAMAMU – TX 2 FEBRUARI 2020 (KISAH 5)

Azman, 47, mempunyai seorang isteri, Zaleha,42, yang menghidapi masalah kurang darah yang membataskannya untuk melakukan aktiviti berat. Zaleha perlu mendapatkan rawatan di Hospital Sg Siput pada setiap bulan. Azman dan Zaleha dikurniai 6 cahaya mata. Namun dua daripadanya berumur 18, Nur Fazira dan 17 tahun, Mohd Fakis mempunyai masalah  dalam pembelajaran. Lebih menyedihkan lagi, Mohd Fakis tidak lagi mahu bersekolah dan menunggu untuk bekerja dengan sepupunya di Lumut,Perak. Jarak antara rumah dan sekolah yang agak jauh menjadi punca kerana tiada kenderaan. Anak ketiga, Faizayu berumur 11 tahun, anak keempat Firzana, berumur 10 tahun serta kembar Farah Najwa dan Farah Najihah berumur 6 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Temin, Sungai Siput. 

Azman mengambil upah menoreh getah dan mengutip buah sawit dengan pendapatan hanya rm750, bergantung kepada keadaan cuaca. Zaleha pula bekerja di kilang kain. Setiap petang, Azman akan menghantar anak-anak ke kelas mengaji di jiran sebelah.

Mereka mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM450 untuk anak-anak. Kesempitan hidup ada ketikanya memaksa mereka berhutang apabila membeli barang mentah.

Mujurlah Azman mendapat bantuan rumah PPRT yang membolehkan mereka mempunyai tempat berteduh.

NAMA: AZMAN BIN NORDIN (SUAMI)

ALAMAT: No 6, Kampung Simpang Temin, 31100 Sg Siput (U) Perak

NO TEL: 019-7953672

 

Search