BERSAMAMU – TX 2 OGOS 2020 (KISAH 20)

Md Fairul bin Ab Rahman, bapa kepada empat cahayamata berusia 42 tahun, disahkan menghidapi kanser payudara tahap 4 pada Januari 2020. Keadaan payudara di sebelah kanan yang kini sangat kritikal menyebabkan dia tidak mampu bekerja dan melakukan kerja-kerja berat atas nasihat doktor. Dek kerana itu, hanya isteri, Siti Sapiah Hasan Basri, 28 tahun, yang bekerja sebagai operator panggilan telefon di salah sebuah syarikat telekomunikasi yang menyara keluarga dan menanggung segala perbelanjaan suami serta anak-anak yang masih kecil.

Anak-anak berusia 5 tahun hingga 5 bulan. Tiga daripada anak-anak mereka masih menggunakan lampin pakai buang dan susu. Kehidupan di Bandar dengan kos taraf hidup yang tinggi menyebabkan mereka menjalani kehidupan yang serba kekurangan .

Siti Sapiah Binti Hasan Basri

Akaun CIMB BANK : 7040372750

Search