BERSAMAMU – TX 20 SEPTEMBER 2020 (KISAH 27)

Keluarga Nor Azizah tinggal di Kg, Sg. Sireh, Pelabuhan Klang bersama suami Izarudin dan 6 orang anaknya. Dia dan suami mencari pendapatan dengan berniaga warung makanan yang dibina bercantum di depan rumah mereka bermula 2 bulan lalu selepas pkp apabila suami hilang perkerjaan sebagai pengawal keselamatan. Anak perempuan sulung mereka, Alleya 13 tahun menghidap sakit kanser saraf tunjang di tulang belakang (Ependyomoma).

Rawatan adik Aleya ini berpanjangan kerana kanser ini perlu di pantau dan major surgeri hanya boleh dibuat apabila umurnya mencecah 18 tahun nanti. Nor Azizah juga mempunyai kad oku kerana kaki kanannya pernah terbakar 70 peratus akibat terkena minyak panas dan mengalami cacat kekal. Bantuan dari JKM dan Zakat turut diterima oleh keluarga ini. Namun amat sukar untuk menampung kos perubatan anaknya yang tinggi.

Nor Azizah Binti Said

Akaun MAYBANK: 162469297043

 

 

 

 

Search