BERSAMAMU – TX 21 JUN 2020 (KISAH 14)

Shamsiah Mohd Ghazali, seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata berumur antara 9 – 1 tahun. Suaminya, Shahrunnizam, kini dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IKN) setelah disahkan kanser usus tahap 3.

Dia di berhentikan kerja sebagai jurujual kerana perlu menguruskan anak-anak serta suaminya. Seawal jam 7 pagi setiap hari, beliau perlu berulang alik dari rumah ke hospital. Dia juga perlu membayar rumah setiap bulan sebanyak RM750. Kos rawatan hospital yang agak tinggi merunsingkan lagi keadaannya.

Sebelum ini, Shahrunnizam berniaga laksa utara di pasar malam sekitar rumah mereka. Setelah disahkan menghidap kanser, Shamsiah mengambil alih tugas bagi menampung perbelanjaan keluarga. Adakalanya, dia mengambil tempahan makanan seperti tauhu begedil, laksa utara dan beberapa menu makanan dengan anggaran pendapatan sebanyak rm 600 sebulan.

Beliau baru memohon bantuan zakat untuk kos tanggungan bil hospital suaminya dan masih menunggu kelulusan.

NAMA RESPONDEN: SHAMSIAH BINTI MOHD GHAZALI

NAMA SUAMI : SHAHRUNNIZAM BIN ISHAK

ALAMAT: C-12-13- APARTMENT VISTA LAVENDER, PUCHONG KINRARA, 47000 SELANGOR.

NO TEL: 018 223 4871

 

Search