BERSAMAMU – TX 22 MAC 2020 (KISAH 12)

Nafisah Ibrahim, 38 tahun dan suaminya Ghazali Abdullah, 41 tahun mempunyai 4 cahayamata. Nafisah menghidap penyakit jantung. Suaminya pula menghidap penyakit sawan. Keluarga mereka diuji lagi apabila  dua orang anaknya, Syed Azif merupakan OKU masalah pembelajaran manakala Shafie, 2 tahun menghidap Down Syndrome.

Nafisah bekerja sebagai pembantu gerai makan dengan pendapatan RM800 sebulan. Jika ada kelapangan, Nafisah akan membuat kuih untuk dijual di kedai. Ghazali pula bekerja dengan mengutip besi buruk untuk dijual. Mereka mendapat bantuan daripada JKM sebanyak RM400 dan zakat tahunan sebanyak RM500. Mereka tinggal di rumah sewa dan kini sudahpun tertunggak bayaran rumah tersebut.

NAMA : NAFISAH IBRAHIM (820609-06-5634)

ALAMAT : NO 45, LORONG 3, TAMAN TAS, 25150 KUANTAN, PAHANG

NO TEL : 01112950640

 

Search