BERSAMAMU – TX 22 SEPTEMBER (KISAH 31)

Keluarga ini diuji tatkala Zamri,46  diserang penyakit paru-paru berair dan lelah yang kronik. Dia berkerja di Pasar Dato Keramat sebagai pembantu pasar (menjual bag plastik) dengan upah RM60 sehari. Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang daripada anaknya yang berumur 12 tahun menghidap penyakit jantung berlubang sejak berumur 6 tahun dan telah menjalani pembedahan sewaktu umurnya 8 tahun. Tetapi segala rawatan terpaksa dihentikan di IJN kerana tidak mampu untuk menanggung kos rawatan. Selain  itu, anaknya yang berumur 13 tahun juga dikategori sebagai OKU (masalah pembelajaran) dan kini mendapat pendidikan khas di sekolah .Isteri Zamri dan anak perempuannya juga mempunyai masalah untuk bertutur kerana mengalami sumbing. bagi menambah pendapatan isteri Zamri bekerja sambilan sebagai tukang sapu di sekolah dengan gaji RM40 sehari.

Search