BERSAMAMU – TX 23 FEBRUARI 2020 (KISAH 8)

Jalilah Jabar, 48 tahun, seorang ibu tunggal yang mempunyai 7 cahayamata, berusia 28 hingga 11 tahun. 4 daripada anaknya sudah mendirikan rumah tangga manakala 3 lagi masih bersekolah dan di bawah tanggungan Jalilah.

Dua anaknya Muhammad Al Amarul Ikhmal Shah Zulkifli, 17 tahun dan Daneil Aikal Alfin, 12 tahun menghidap penyakit Hemophilia dan mempunyai kad OKU. Daneil masih lagi hidup normal manakala Amarul tidak lagi mampu untuk berjalan akibat penyakit tersebut.

Kedua-dua anak yang menghidap penyakit Hemophilia ini ini sudah lama tidak mendapat rawatan kerana kos perjalanan ulang alik ke Hospital Ampang sangat tinggi. Jalilah  bekerja di rumah dengan menerima tempahan mengait dengan pendapatan anggaran RM200 sebulan.

Keluarga ini mendapat bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM200 dan RM800 daripada Baitulmal. Jalilah tinggal di rumah sendiri sejak 16 tahun yang lalu.

Nama : Jalilah Bt Jabar 

Alamat : N0 9, Jalan Sri Mewah 13, Taman Mewah 3, 86200 Simpang Renggam, Johor

No tel : 010-7685967

 

Search