BERSAMAMU – TX 23 OGOS 2020 (KISAH 23)

Fazlina Said Rajakumaran, ibu tunggal kepada 6 orang cahaya mata berusia antara 22 hingga 3 tahun. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah kedai. Mempunyai seorang anak , Zakuan Mikail berusia 8 tahun yang menghidapi penyakit jantung kronik.Anak ini perlu menjalani pembedahan seumur hidup dan pembedahan perlu dilakukan setiap tahun.
Fazlina mencari rezeki dengan mengambil upah membuah kuih raya. Penjualan kuih yang berharga rm20 sebalang ini yang membantu pembiayaan perubatan Zaquan.
Setiap enam bulan sekali, dia perlu membawa anaknya membuat pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN). Fazlina hanya mampu menaiki bas untuk kesana kerana motorsikal yang ada sudah usang. Fazlina hanya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan serta bantuan dari Baitumal sebanyak RM 250 sebulan dan 10 tin susu Pedisure untuk anaknya yang sedang sakit.

Fazlina Binti Said Rajakumaran

Akaun MAYBANK : 164258609215

Search