BERSAMAMU TX 24 JANUARI 2021 (KISAH 4)

Mat Robi Omar, berusia 49 tahun, pernah mengalami kemalangan dan menyebabkan kaki kanannya patah dan dimasukkan besi. Dia juga seorang pemegang kad OKU (sengau dan kaki akibat kemalangan). Kecacatan yang dialami tidak membolehkan dia melakukan kerja-kerja berat. Kadang kala Robi mengalami sesak nafas.

Mat Robi mempunyai 7 orang anak hasil perkahwinannya dengan Roslina Zakaria, 43 tahun.

Usia anak mereka 21 tahun hingga 7 tahun. Anak keempat mereka juga anak istimewa OKU masalah pembelajaran.

Desakan hidup yang dilalui menyebabkan mereka dan anak-anak mencari tiram sebagai punca pendapatan bila air surut. Namun sampan yang mereka ada sudah berkeadaan uzur.
Malah mereka juga mengambil upah mencanting batik. Jika cuaca hujan, mereka tidak boleh menjalankan kerja-kerja mencanting. Jika ini berlaku mereka akan mencari buah nipah dan menjualnya dari rumah ke rumah. Pernah juga terputus bekalan makanan asas.

Rumah yang diduduki kini hampir roboh akibat dimakan anai-anai. Tiada sumber elektrik, mereka menumpang sumber elektrik daripada rumah kakaknya di sebelah rumah. Air bergantung dengan air perigi untuk mencuci pakaian dan mandi. Banyak yang bocor dan hampir seluruh rumah mereka berlantaikan tanah.

Nama: Roslina binti Zakaria
No. Akaun Bank Islam: 03-036-02-061270-7

Search