BERSAMAMU – TX 24 NOVEMBER 2019 (KISAH 40)

Muhamad Yusni 47 tahun seorang OKU penglihatan. Yusni mengalami kemalangan jalanraya 10 tahun lalu. Sejak itu juga, Yusni mengalami sakit eczema, sakit jantung, darah tinggi dan sakit saraf. Dan akibat penyakit terbabit, Yusni kini hilang penglihatan dan hilang kemampuan untuk bergerak.

Isterinya Umi Nur Faizah, seorang warga Indonesia yang mencari rezeki untuk keluarga mereka. Pada setiap pagi, Umi akan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM30 sehari. Manakala pada petangnya pula, dia akan mencari barang lusuh untuk menambahkan pendapatan keluarga. Umi kini menggunakan visa untuk menetap di negara ini. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak perempuan yang berusia 12, 10, 6 dan 4 tahun.

 

Nama : Muhamad Yusni b Muhamad Yusoff 

Alamat : 34-3 Batu 3 1/4 Pasir Putih Bachang 75350 Melaka

No tel : 0162565519

Search