BERSAMAMU – TX 26 JANUARI 2020 (KISAH 4)

Ibu sembilan cahaya mata, Noraffiza binti Razali yang berusia 40 tahun ini menghidap penyakit usus yang memerlukan pembedahan bagi membuang ususnya yang sudah rosak. Keadaan ususnya itu menyebabkannya sukar untuk mencerna makanan. Dia hanya boleh minum susu sahaja bagi mendapatkan nutrisi sehari-hari. Selain itu, dia juga harus memakai lampin dewasa kerana keadaannya itu. Dia yang terpaksa menggunakan kerusi roda memerlukan bantuan anak-anak bagi menjaganya.

Tiga daripada sembilan anaknya masih bersekolah, seorang masih belum mula persekolahan, manakala dua lagi tidak sempat menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, seorang telah meninggal dunia dan selebihnya telah bekerja.

Ibu tunggal yang merupakan OKU pendengaran ini mendapat bantuan dari Baitulmal sebanyak RM 500 setiap bulan, bantuan persekolahan bagi tiga anaknya dan bantuan JKN yang juga menampung sewa rumahnya setiap bulan. Selain itu, dia juga memerlukan bantuan untuk menampung kos perubatannya dan perbelanjaan seharian. Noraffiza berhasrat untuk memberi pendidikan yang sempurna untuk anak-anak yang masih bersekolah agar mereka dapat mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

NAMA: NORAFFIZA BINTI RAZALI

ALAMAT: BLOK G-16-08, DESA REJANG, PERSIARAN REJANG, SETAPAK 53300 KUALA LUMPUR.

NO TEL: 017385 3541

 

Search