BERSAMAMU – TX 27 OCTOBER 2019 (KISAH 36)

Alina bt Mohd Edros ibu kepada 2 cahayamata. berusia 18 dan 15 tahun. Alina mempunyai penyakit diabetis, darah tinggi, buah pinggang. Dan sejak 13 tahun lalu, Alina kehilangan kedua belah matanya akibat penyakit kencing manis. Sebelah kakinya turut dipotong akibat penyakit terbabit. Akibat kegagalan buah pinggangnya, Alina kini terpaksa menjalankan dialisis 3 kali seminggu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

Suami Alina , Mol Yong b Somo hanya bekerja sebagai pemandu lori. Lori yang disewa dari majikan sebanyak RM2000 sebulan agak membebankan. Mol Yong terpaksa menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan di hospital. Dan disebabkan itu jugalah, dia tidak dapat keluar untuk mencari rezeki. Hutang sewa lori sehingga ke hari ini telah mencecah hampir RM20k. 

Dan lebih menyedihkan, rumah keluarga yang di duduki hampir 23 tahun ini turut uzur. Atap rumah ada yang telah bocor. Rumah ini juga tidak mempunyai bekalan air dan elektrik dan hanya menumpang ikhsan jiran dengan bayaran RM120 sebulan.

Nama : Alina bt Mohd Edros 

Alamat : No 32 Jalan Permai Kg Bukit Tempurung 81550 Gelang Patah.

No tel : 0127887203

 

Search