BERSAMAMU – TX 27 SEPTEMBER 2020 (KISAH 28)

Ahmad Awang Noor, 69 tahun, dianugerahkan 7 orang anak dan 6 daripadanya mengalami masalah lembam. Lebih malang apabila isterinya Zamilah Ismail, 45 tahun, mengalami masalah meroyan selepas melahirkan anak yang ketujuh. Ahmad dan Zamilah mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat orang perempuan berusia 24, 23, 19, 18, 17, 12 dan 10 tahun. Dua orang masih bersekolah di SK Bandar, Pulai Chondong. Manakala dua orang lagi menjalani latihan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Keda dan Pangkal Gong.

Ahmad kini menetap di rumah pemberian Sultan Kelantan yang dibina di atas tanah pusaka ibunya. Dari segi kesihatan, Ahmad mempunyai masalah kencing manis dan asma kronik. Seminggu sekali, dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik Kok Lanas dan Pulai Chondong. Sudah 5 tahun dia menghidapinya.

 
Ahmad Bin Awang Noor

Akaun BSN : 03021-41-00009279-9

 

Search