BERSAMAMU – TX 28 JUN 2020

Nur Farahanim, seorang suri rumah yang mempunyai 2 orang perempuan iaitu Nur Zara Batrisya dan Nur Zara Farisyah. Namun, anak bongsunya dilahirkan tanpa mata dan mempunyai masalah pendengaran.

Suami, Mohd Zabidi, mengambil upah mesin rumput, namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, kerjanya tergendala. Dia tidak dapat melakukan kerja berat kerana mempunyai masalah bengkak kaki kerana pernah terlibat dengan kemalangan. Namun, beliau terpaksa mencari rezeki demi menampung perbelanjaan keluarga. Setiap hari dia dan isteri keluar mengutip tin dan botol untuk dijual. Ianya sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan dan perbelanjaan untuk berulang ke hospital.

 Nur Zara Farisya, yang dilahirkan tanpa mata dan mempunyai masalah pendengaran perlu mendapatkan rawatan di hospital setiap minggu. Dengan hanya menaiki motorsikal, mereka perlu berulang sejauh 31 km di Hospital Selayang. Rumah yang dihuni merupakan rumah sewa dengan kadar kos sebanyak rm450.

Keluarga ini ada menerima bantuan sebanyak jkm sebanyak rm 200 dan zakat rm350 untuk perbelanjaan perubatan anak OKU.

 

NAMA: NUR FARAHANIM BINTI ANAN

NAMA SUAMI: MOHD ZABIDI BIN KAMARUDIN

ALAMAT: APARTMENT TROMPET, BLOK D, BUKIT BERUNTUNG, SELANGOR

NO TEL : 018- 238 6530 (FARAH)

 

Search