BERSAMAMU – TX 29 SEPTEMBER 2019 (KISAH 32)

Muhamad bin Adbullah, 34 tahun, telah disahkan lumpuh akibat saraf tunjang selepas dihempap pokok pisang kipas semasa bekerja sebagai ‘landscape’ di Hotel Fourseason 4 tahun yang lalu. Kini, dia pula telah disahkan mempunyai baru karang dalam hempedu. Selepas kejadian, Muhammad tidak lagi mampu bekerja dan hanya mengharapkan bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan bantuan ubat dari SOSCO sebanyak RM1200.

Setiap dua bulan Muhamad perlu mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ini memerlukan pembelanjaan yang banyak memandangkan mereka perlu menyewa kereta untuk ke sana. 

Muhamad mempunyai 3 orang cahaya mata yang masih bersekolah Nur Alia Natasya, 12 Tahun, Muhamad Rahmat, 10 tahun, Muhammad Ramadhan, 8 tahun. Anak sulungnya, Nur Alia Natasya mengalami masalah mata dimana kanta matanya lari dari kedudukan asal dan perlu melakukan pemeriksaan sebanyak 6 bulan sekali.

 

Search