BERSAMAMU TX 3 JANUARI 2021 (KISAH 1)

Amylia mula memeluk Islam pada tahun 2008 sebelum berkahwin dengan Ahmad Firdaus Mohamad. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Qaseh Humaira (7), Qaleesya Humairah (6), Qistina Humairah (3) dan Muhammad Qayyum Basri 8 bulan. 

Anak pertama Qaseh Humaira merupakan pemegang kad OKU dan dikesan menghidapi penyakit tulang, skeletal dysplasia dimana keadaan kepala yang agak besar, tulang bengkok dan kaki yang tidak sama panjang. Dia dirujuk di Hospital Kuala Lumpur dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2014 dan 2015 seterusnya membolehkan dia berjalan. Sepatutnya, dia mendapatkan rawatan susulan namun, kos pengangkutan yang tinggi membuatkan mereka tidak lagi ke Pusat Rehab Cheras dan keadaan Qaseh juga sudah boleh berjalan.

Mereka mula tinggal di ladang getah ini sejak dua tahun lalu. Sebelum ini, mereka menetap di rumah ibu Ahmad Firdaus, dengan tiga lagi adik beradik lain. Namun, disebabkan terlalu ramai di dalam rumah yang sama, mereka ingin berdikari dan tinggal di pondok yang dibina sendiri di ladang getah milik ibu Firdaus. Firdaus membina rumah di ladang itu, sedikit demi sedikit dengan duit hasil jualan getah dan upah mengait kelapa. Isterinya pula pernah mengambil upah mengemas inap desa secara sambilan namun tidak lagi melakukan pekerjaan itu setelah lahir anak keempat kerana kurang permintaan. Pendapatan mereka ialah sebanyak 800-900 sebulan bergantung kepada keadaan cuaca.

Keadaan rumah mereka tidak bersimen, tiada kelengkapan air dan elektrik. Mereka mendapatkan air bersih untuk minum dan masak di rumah ibu Firdaus yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka. Mereka juga akan mandi di sana kerana tiada bekalan air bersih di rumah terkini. Nyamuk dan haiwan liar mungkin menjadi ancaman untuk keluarga ini. Mereka akan tidur dalam khemah kerana katil yang diberi penduduk belum mempunyai kayu sebagai alas. 

Mereka menerima bantuan RM 200 dari MAIM dan RM 350 dari JKM kerana Qaseh merupakan pemegang kad OKU. MAIM masih dalam proses untuk menaiktaraf rumah mereka buat masa ini.

 

Nama: Nur Amylia Brenjen binti Abdullah

No. Akaun BSN: 0400-3411-0000-3315

Search