BERSAMAMU – TX 3 NOVEMBER 2019 (KISAH 37)

Zanariah Mohd Zin 36 tahun, mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah berumur 16,14,12 dan 8 tahun. Keluarga ini terdiri daripada keluarga asnaf di Kg Bukit Buluh Akar, Pasir Mas Kelantan. Ibarat jatuh ditimpa tangga, kehidupan keluarga ini makin susah apabila suaminya ditimpa kemalangan motosikal Januari lalu. Kini suaminya tidak mampu bercakap dan bergerak. Oleh sebab itu, segala pendapatan keluarga ditanggung oleh Zanariah  seorang. Bagi menanggung keluarga, Zanariah bekerja sebagai penoreh getah dan mencabut bulu ayam di tempat pemprosesan ayam berhampiran dengan rumahnya dengan pendapatan sebanyak RM300 sebulan.Keluarga ini juga memperolehi bantuan persekolahan anak-anak daripada JKM sebanyak RM400 sebulan. Dengan duit itulah yang digunakan untuk membayar duit sewa rumah sebanyak RM70 sebulan serta bil api dan air sebanyak RM50 sebulan. Selain itu, perbelajaan lampin pakai buang dan susu buat suaminya adalah sangat terhad memandangkan mereka tidak mampu.

 

NAMA : ZANARIAH BINTI MOHD ZIN 

ALAMAT : KG BANGGOL PETAI TO’UBAN 17050 PASIR MAS KELANTAN

NO TEL : 0192850442

Search