BERSAMAMU – TX 30 OGOS 2020 (KISAH 24)

Keluarga Pn. Mashitoh Bt. Abdul Rahim tinggal di sebuah warung kedai bersama suaminya dan seorang anak perempuan mereka. Kak Mashitoh mencari pendapatan di warung merangkap rumahnya itu dengan menjual makanan sarapan pagi. Suaminya tidak dapat bekerja, merupakan pesara TLDM dan kedua dua kakinya telah dipotong akibat sakit kencing manis dan juga menghidapi penyakit jantung dan saraf. Anak perempuan mereka berumur 14 tahun dan bersekolah sambil membantu ibunya berniaga.

Bantuan dari NGO Veteran TLDM sebanyak RM300 diterima setiap bulan. Bertambah sukar apabila tapak warung/rumahnya didirikan atas tanah milik orang lain dan berhadapan risiko sekiranya keluarganya diminta berpindah dari situ pada bila-bila masa sahaja. Kak Mashitoh terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan berterusan bagi suaminya yang memerlukan rawatan.

Che Rosid Bin Ismail

Akaun CIMB : 7614693600

Search