BERSAMAMU – TX 4 OKTOBER 2020 (KISAH 29)

Mohd Zin Bin Awang, berusia 56 tahun disahkan menghidapi penyakit kegagalan buah pinggang kronik sejak bulan 3 lalu. Beliau yang sebelum ini mengambil upah kerja kampung terpaksa berhenti kerana tidak boleh melakukan sebarang kerja berat. Isteri, Natrah Hamid, 44 tahun, lumpuh sebelah kaki kerana kemalangan pada tahun 2018. Natrah tidak lagi boleh berjalan dan hanya mampu mengesot untuk bergerak.

Keluarga ini dikurniakan 7 cahaya mata berusia 19-7 tahun. Mata Mohd Zin kini semakin kabur dan menyukarkan lagi dia untuk bergerak. Setiap 3 kali seminggu, beliau perlu menjalani dialisis darah. Kos rawatan RM100 sehari agak berat buatnya kerana tiada punca pendapatan. Ditambah lagi, jarak ke pusat dialisis yang terletak didungun, sejauh 38 km perlu ditempuh oleh mohd Zin. Beliau juga mempunyai penyakit Diabetic Retinopathy, dan perlu meminta bantuan jiran untuk menghantarnya ke hospital.

Adakalanya, Mohd Zin mengambil upah memetik buah kelapa dan dihantar ke kedai untuk dijual. Beliau mendapatkan rawatan berkala di Klinik Kesihatan Merchang, dan Hospital Sultanah Nur Zahirah.

 

Mohd Zin Bin Awang

Akaun CIMB: 7049584636

 

Search