BERSAMAMU – TX 5 JANUARI 2020 (KISAH 1)

Shaharudin Bin Ayet, seorang bapa yang berusia 46 tahun menjalani kehidupan di samping isterinya, Rozaimah Binti Hashim yang merupakan Orang Kurang Upaya setelah kaki kanannya dipotong di bahagian paha akibat penyakit kencing manis. Mereka yang dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 10 tahun, juga merupakan Orang Kurang Upaya dalam kategori masalah pembelajaran.

Shaharudin yang menyara hidup dengan menjual hasil memancing dan memetik tanaman di hutan juga mendapat bantuan zakat setiap bulan dalam bentuk barangan dapur, bantuan persekolahan bagi anak-anak dan bantuan Hari Raya setiap tahun. Namun begitu, bantuan-bantuan tersebut masih kurang membantu mereka dalam kehidupan seharian kerana kadangkala bekalan makanan mereka booleh terputus.

Kawasan perumahan mereka di sebuah pangsapuri yang tidak mempunyai lif menyukarkan aktiviti harian mereka di samping keadaan Rozaimah yang OKU fizikal. Tambahan pula, Rozaimah juga menghidap penyakit darah tinggi dan memerlukan alatan perubatan yang berada di luar kemampuan kewangan mereka sekeluarga.

NAMA: SHAHARUDIN BIN AYET

 

ALAMAT: BLOK J-2-33, APARTMENT KENANGA, TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG, RAWANG, SELANGOR

 

NO TEL: 017 297 2164

Search