BERSAMAMU – TX 5 JULAI 2020 (KISAH 16)

Nasib sepasang suami isteri yang tinggal di rumah peninggalan keluarga angkat mereka di Ampangan, Negeri Sembilan berubah apabila suami kepada Rahmah Abdullah iaitu Norazri Ishak mengalami kemalangan beberapa kali yang mengakibatkan beberapa bahagian badannya patah. Dia tidak dapat bekerja kuat atas saranan doktor dan kini hanya mengambil upah memotong rumput di sekitar kawasan perumahan mereka. Dia juga kadang kala mengambil upah membuat perabot jika terdapat permintaan walaupun ini akan membahayakan kesihatannya kerana dia tidak disarankan untuk membuat kerja berat. Rahmah pula akan menguruskan tujuh orang anaknya setiap hari dan mengambil upah membersihkan rumah pada setiap hujung minggu. Rahmah mempunyai enam orang anak hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan lelaki bukan warga tempatan dan dua orang anak daripada perkahwinan keduanya. Kesemua anaknya dijaga oleh Rahmah dan suami. Seorang daripada anak Rahmah hasil perkahwinan pertamanya telah diberikan kepada keluarga angkat ketika dia masih kecil kerana keluarganya tidak mampu menyara. Anak ke lapan pasangan ini mempunyai penyakit athma yang teruk. Semasa cuti sekolah, ada di antara anak-anaknya yang bekerja di kedai-kedai kecil di dalam pasaraya bagi mendapat upah untuk membantu keluarga mencari rezeki. Semasa perintah kawalan pergerakan, Rahmah mengambil upah menjahit butang untuk topeng muka (mask adapter) bagi menyara keluarga dan suaminya masih lagi mengambil upah membuat perabot. Rahmah mendapat bantuan daripada JKM dan anak-anaknya mendapat bantuan dari baitulmal. Kedua-dua bantuan yang diperolehi adalah dari segi wang ringgit dan barang dapur. Semasa PKP juga, ada pihak yang datang untuk memberi sumbangan keperluan harian buat keluarga ini.

Nama Isteri: Rahmah binti Abdullah (35 tahun)

Nama Suami: Norazri Ishak (33 tahun)

Alamat: Lot 368, Kampung Jiboi Baru, Ampangan, 70400, Seremban, Negeri Sembilan

 

Search