BERSAMAMU – TX 6 SEPTEMBER 2020 (KISAH 25)

Mohd Zaidi bin Mat Rejab, 40 tahun , seorang bapa kepada 2 orang anak. Mempunyai seorang isteri Nurlyzaini Herzahani Ramli berumur 30 tahun diuji dengan sakit buah pinggang kronik tahap 5. Hanya menetap di bengkel motor yang disewa sebanyak RM500, di sanalah tempat mereka berteduh. Adakalanya, dia tidak mampu untuk membayar sewa kedai kerana pendapatan yang tidak tetap serta perlu memberi fokus kepada isterinya yang perlu berulang alik ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan dialisis.

Rawatan dialisis perlu dibuat sebanyak 3 kali seminggu. Namun, pihak hospital hanya menanggung 6 kali sesi pencucian sahaja, yang akan berakhir pada 26 Ogos. Selepas daripada itu, dia perlu mencari pusat rawatan dialisis persendirian yang memakan kos sekurang-kurangnya, RM3000 sebulan. Nurly tidak lagi boleh membuat sebarang pekerjaan kerana akan memberi kesan kepada buah pinggangnya.

Mohd Zaidi Mat Rejab

Akaun MAYBANK : 162012942167

Search