BERSAMAMU TX 7 MAC 2021 (KISAH 7)

Keluarga 1

Nasseri bekerja sebagai juru kimpal dengan pendapatan RM1500.00 sebulan Mempunyai 9 orang tanggungan iaitu 8 anak dan seorang isteri. 6 daripadanya masih bersekolah lagi manakala isteri suri rumah sepenuh masa. Rumah yang didiami adalah rumah sewa.

Anak Naseri bernama Nur Soffiea Shamimie Binti Mohamad Naseri menghidapi penyakit Immune Thrombacytopenic Purpura (ITP) yang menyebabkan komponen darah (platelet) rendah dan selalu berlaku pendarahan sehingga dia perlu sentiasa masuk ward untuk tambah darah. Nur Soffiea memerlukan eltrombopag untuk makan setiap hari dan ubat ini amat berkesan untuknya. Ubat tersebut tidak dibekalkan secara percuma di bawah kementerian kesihatan atau di PPUM. Kos perubatan untuk rawatan anak pemohon mencecah kos sebanyak RM33,000.00 setahun.

Keluarga ini sedang menunggu jawapan dari Lembaga Zakat Selangor untuk permohonan bantuan perubatan Nur Soffea. Hal ini disebabkan , eltrombopag hanya bertahan untuk 6 bulan. Kini, Nur Soffiea sudah sebulan tidak menggunakan eltrombag kerana kehabisan.

Nama: Mohammad Nasseri Bin Nasron

No. Akaun Maybank: 162106365461

 

KELUARGA 2

SIti hanis, berusia 28 tahun dikurniakan 3 cahaya mata berusia 9-5 tahun. Siti merupakan surirumah sepenuh masa. Keluarga ini diuji dengan kehadiran anak sulung berusia 9 tahun ,menghidap Penyakit buah pinggang tahap 5 (chronic kidney function, single function kidney, dilahirkan sebelah shaja buah pinggang) tetapi sudah rosak. Sekarang menjalani dialisis capd dirumah, dan ulang alik dari klang ke hkl untuk rawatan susulan. Suami hanya bekerja buruh kimpal(welding) dengan hanya bergaji tidak lebih 1500. Hanis tinggal bersama kedua orang tuanya yang sudah tidak sihat. Ayahnya turut mencari rezeki dengan menanam serai untuk dijual kepada peraih.

Nama: Izwan Hafiz bin Azlan

No. Akaun Public Bank: 4-7780339-07

 

Search