BERSAMAMU – TX 8 MAC 2020 (KISAH 10)

Rusma Mat Ali, ibu kepada 7 cahayamata berusia 19, 18, 16, 13, 11, 8 dan 5 tahun. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah pangsa yang agak kecil. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak OKU yang berusia 16 tahun yang menghidap Celebral Palsy sejak di lahirkan.

Suami Rusma, Mohd Shahril Mat Salleh merupakan seorang pembawa beca pelancong dengan pendapatan anggaran RM800 sebulan. Beca yang disewa dengan harga RM50 sehari amat membebankannya.  Selain itu, anak pasangan ini yang berusia 18 tahun, turut sama mencari rezeki untuk keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM20 sehari.

Pada bulan Ogos tahun yang lalu, anak sulong pasangan ini meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Dia turut meninggalkan 2 orang cahayamata yang berusia 3 tahun dan 5 bulan. Cucu-cucu ini kini di jaga oleh Rusma kerana ayah kepada anak-anak ini tidak mampu menjaga anak ini.

Rusma hanya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan dan bantuan barang dapur daripada Majlis Agama Islam Melaka sebanyak RM200 sebulan.

Nama : Rusma bt Mat Ali (800415-03-5084)

Alamat : T-1-5 Rumah Pangsa Al-Ehsan, Tengkera Melaka 75200 Melaka

No Tel : 0167491303

 

Search