BERSAMAMU – TX 8 SEPTEMBER 2019 (KISAH 29)

Normahwati  merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 7 orang cahaya mata iaitu Muhammad Farhan Hakim bin Abdullah (19 Tahun), Muhammad Fharhan Hakimi bin Asrail (17 tahun), Nur Fatin Izzati binti Asrail (15tahun), Muhammad Farhan Azra’e bin Asrai (14 Tahun), Nor Fatin Hasmidah Asrail bin Abdullah (12 tahun), Nor Fatin Syaqila binti Abdullah (11 Tahun), Nor Fatin Syaqira binti Abdullah (4 Tahun). Empat orang anaknya kini masih bersekolah.

Normahwati mengalami beberapa masalah kesihatan antaranya ialah kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Dia jugak tidak boleh membuat kerja-kerja berat akibat daripada pembedahan yang dilakukan semasa melahirkan anak bongsunya. Dia juga diduga dengan seorang anak OKU iaitu anak nombor limanya mengalami masalah pembelajaran. 

Memandang tahap kesihatan Normahwati tidak begitu baik dia hanya mengambil upah membuat kuih-muih untuk diletakkan di kedai bawah rumahnya. Selain itu, dia juga mengambil upah memotong barangan kompenen kereta dirumah dengan upah sebanyak RM15 untuk satu plastik besar. 

Memahami nasib yang menimpa keluarganya, anak nombor dua Normahwati mengambil inisiatif dengan bekerja sebagai pembantu di kantin kilang untuk menampung kos pembelajaan seharian mereka.

Normahwati mendapat bantuan zakat sebanyak RM650 sebulan dan rumah sewa yang didiami mereka sekarang juga dibayar oleh pejabat zakat.

 

NAMA: NORMAHWATI BINTI ITAM ABDUL GHANI (740726-08-6346)

ALAMAT: BLOCK D NO 14 TKT 2, PANGSAPURI BAIDURI FASA 6, BANDAR TASIK KESUMA, 43700 BERANANG, SELANGOR.

NO TE: 017 3219328

Search