BERSAMAMU – TX 9 FEBRUARI 2020 (KISAH 6)

Encik Hamlie seorang pesara tentera (47 tahun), tinggal di rumah sendiri bersama isteri, Lina Bt Anual (33 tahun) dan empat anak mereka. Anak pertama mereka merupakan seorang anak lembam manakala anak ketiga menghidapi penyakit kronik (saluran pernafasan sempit, injap saluran lembik, usus bocor). Anak ketiganya itu mula menghidapi sakit sedemikian akibat batuk kokol ketika berusia sebulan dua hari. 

Encik Hamlie sebelum ini hanya bergantung kepada wang pencen tenteranya namun kerana kesempitan wang Encik Hamlie mula bekerja di sebuah kilang perabot. Penyakit darah tingginya itu menambah beban kepadanya kerana kerjanya yang sekarang merupakan kerja berat. Isterinya pula tidak bekerja kerana menjaga anak-anak di rumah. Kadangkala jika tidak bekersempatan, mereka meminta tolong jiran mereka untuk menghantar anaknya ke temu janji hospital.

Wang pencen encik Hamlie sebanyak RM 1500 sebulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka di samping perlu juga menampung kos perubatan anaknya yang boleh mencecah sehingga RM 4000 sebulan. Mereka memerlukan bantuan dari segi keperluan susu dan perubatan lain bagi anak ketiga mereka.

 NAMA: Encik Hamlie Bin Hj Selini

Alamat: No 80, Jalan BB 4/10, Taman Banting Baru, 42700 Banting, Selangor.

No tel: 016 527 5654

 

Search